Tuesday 11 November 2014

Lelah





Terkadang aku lelah dengan dunia..
Pelbagai tohmahan serta fitnah yang hadir menerjah ruang hati..
Hati yang seharusnya suci daripada dosa dan noda..
Kini dicemari oleh segala kegelapan itu..
Aku buntu..
Kadang tertanya-tanya..
Apakah masih ada ruang untuk aku mengemis kasihNya?






Wednesday 5 November 2014

Be Strong Awak..



Subuh tadi dikejutkan dengan berita ayah kepada seorang sahabat telah pergi bertemu Ilahi. Sedih. Namun, sudah semestinya family sahabat itu lebih menanggung kesedihan ketika ini. Apa pun. Takziah untuk sahabat sekeluarga. Moga tabah menghadapi ujian Allah ini. Sungguh. Allah tak akan menguji hambaNya melainkan dengan sesuatu yang sesuai dengan kemampuan kita.

Sempat call mak untuk beritahu berita nie pagi tadi. Mak cakap :

"Setiap orang ada bahagian masing-masing. Dia diuji dengan cara gitu. Kita pula diuji dengan cara lain pulak. Walau apa pun ujian Allah kepada kita. Kita kenalah tabah dan bersabar. Takziah untuk dia dan family."

Allah. Moga awak tabah. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Mungkin sekali hari ini orang yang kita sayangi meninggalkan kita. Tapi satu hari nanti, kita pula yang akan meninggalkan orang yang kita sayangi. Cuma bila dan di mana? Kita tak tahu. 

"Ya Allah. Rahmatilah roh abahnya dan tempatkanlah abahnya bersama dengan orang-orang yang beriman dan soleh. " 

Al-Fatihah

Awak. Kita doakan awak kuat dan kita tahu awak kuat untuk hadapi ujian Allah nie. Be strong! :) La Tahzan, Innallaha ma'ana...