Tuesday 30 December 2014

Mak Cik YouTube Terchenta




Aku seorang yang minat giler edit picture.
Walaupun, aku tak pandai pun sebenarnye..
Kihkih..

So, aku belajarlah sikit-sikit dengan Mak Cik YouTube.
Tapi, kalau aku ada peluang utk tanya orang pasal Photoshop,,
Aku tanye jelah.

Hari tu,
Aku ada tanye sorang nie,,
Op kos lah pasal Photoshop!
Tapi lama-lama,, orang tu cam nak salah anggap kt aku pulak..
Maybe dia ingat aku nak ngorat dia? Lolzz..

Takde lah,, sebab dia nak study,,
Aku stop lah tanye dia,,
Sedih aku..
Tak nak lah aku kacau orang tak tentu pasal..
Lebih baik aku tanye Mak Cik YouTube aku je..
Kan3? Kihkih..
Kerana Mak Cik Youtube Terchenta ini baaaaaanyak sangat jasanye..
Lalala~~


p/s : Act. aku meraban tak tentu pasal nie sebab ngantuk xleh nak study..tapi esok exam lgi..lolzzz..nak jawab ape tah esok nie.. -_-" *peluh*





Tuesday 11 November 2014

Lelah





Terkadang aku lelah dengan dunia..
Pelbagai tohmahan serta fitnah yang hadir menerjah ruang hati..
Hati yang seharusnya suci daripada dosa dan noda..
Kini dicemari oleh segala kegelapan itu..
Aku buntu..
Kadang tertanya-tanya..
Apakah masih ada ruang untuk aku mengemis kasihNya?






Wednesday 5 November 2014

Be Strong Awak..



Subuh tadi dikejutkan dengan berita ayah kepada seorang sahabat telah pergi bertemu Ilahi. Sedih. Namun, sudah semestinya family sahabat itu lebih menanggung kesedihan ketika ini. Apa pun. Takziah untuk sahabat sekeluarga. Moga tabah menghadapi ujian Allah ini. Sungguh. Allah tak akan menguji hambaNya melainkan dengan sesuatu yang sesuai dengan kemampuan kita.

Sempat call mak untuk beritahu berita nie pagi tadi. Mak cakap :

"Setiap orang ada bahagian masing-masing. Dia diuji dengan cara gitu. Kita pula diuji dengan cara lain pulak. Walau apa pun ujian Allah kepada kita. Kita kenalah tabah dan bersabar. Takziah untuk dia dan family."

Allah. Moga awak tabah. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Mungkin sekali hari ini orang yang kita sayangi meninggalkan kita. Tapi satu hari nanti, kita pula yang akan meninggalkan orang yang kita sayangi. Cuma bila dan di mana? Kita tak tahu. 

"Ya Allah. Rahmatilah roh abahnya dan tempatkanlah abahnya bersama dengan orang-orang yang beriman dan soleh. " 

Al-Fatihah

Awak. Kita doakan awak kuat dan kita tahu awak kuat untuk hadapi ujian Allah nie. Be strong! :) La Tahzan, Innallaha ma'ana...





Thursday 25 September 2014

Forum? I'm Nervous..


Assalamualaikum w.b.t..

Haaa..sem 3 dah pun 3 minggu bermula. Esaimen pun dah makin bertimbun. Tapi satu ape pn tak siap lagi..aduhaii.. haha. Sabar jela. Ahaa..! Actually aku kena buat forum untuk subjek English Special Purpose (ESP). Bila aku tahu kena buat forum, wahh.. opkos lah i rasa happy kan..hehe.. tapi yang aku tak happy ialah.. kena speaking lah.. haha..

Oklah..aku bukan lah seorang yang hebat lam BI nie kan..that's why lah aku nervous tahap gaban giga mega nie..tapi kalau aku tak cuba, sampai bila aku nak pandai kan? Ahaa..! So, insyaAllah aku akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tugas aku itu dengan jayanya.. InsyaAllah..

Oh ye! Topic utk forum aku tu nanti adalah tentang 'IKHTILAT'.. Lalala..moga aku berjaya.. Amiin..